Minggu, 06 Mei 2012

Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak. argentina

 

ekonomi malaysia 4 Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak Argentina!!

 

Alhamdulillah kita sudah pun menginjak ke tahun 2012, seperti biasa ayat yang akan keluar adalah azam bagi tahun 2012 ini ekonomi Malaysia akan lebih baik daripada yang sebelumnya. Harap begitulah…..Walaubagaimanapun, selagi Malaysia tidak bangkit menentang penyelewengan dan ancaman ekonomi dari dalam dan luar negara, tidak mustahil negara kita akan mengalami nasib seperti Argentina. Kenapa Argentina?
ekonomi malaysia 7 Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak Argentina!!Berdasarkan video dokumentari di atas, secara ringkas ia berkisar kepada negara Argentina yang telah membuat pinjaman dengan  Boston Bank, Barring Brothers Bank dan lain-kain lagi. Bank yang jadi pemiutang itu pula jual hutang Argentina itu kepada bank-bank lain seperti Citibank contohnya. Cukup tempoh, Citibank menuntut hutang daripada Argentina, Argentina pula tiada duit lagi untuk membayar balik. Jadi apa Citibank buat? Citibank telah “mendapatkan” semula hutang tersebut daripada penyimpan Argentina yang menyimpan di Citibank (Nak tahu lebih lanjut, anda boleh totnon dokumentari tersebut sehingga habis, anda akan dapat manfaatnya). Situasinya ibarat:

 Individu A pinjam duit dengan Along, bila masa nak bayar semula tiada duit. Akhirnya, siapa yang jadi mangsa? Anak bini akan diperas ugut.

Isi pentingnya apa di sini? Bukan salah “ah long” tersebut tetapi salah sendiri disebabkan salah urus tadbir negara yang lemah & tiris :
 
ekonomi malaysia 3 Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak Argentina!!Pembaziran-pembaziran seperti ini patut dihapuskan. Apabila dah diketahui ramai, bukan kata nak diberikan hukuman, siasatan pun seperti”melepaskan batuk ditangga”. Kebal sungguh mereka ini. Ingat, rakyat terus memerhati…..
Kemudian antara bangunan 10 tingkat ke bawah dengan bangunan yang berpuluh-puluh tinggi, mana satu yang jadi pilihan anda?
  1. bina bangunan empat tingkat yang cantik dan selesa serta mempunyai kawasan lapang dan yang paling pentingnya jalan kurang sesak atau
  2. bina KLCC sebagai mercu tanda negara tetapi akhirnya jalan sesak teruk. Nak pergi kerja pun susah
Kita Malaysia bukan tak cukup tanah, lainlah negara jiran kita Singapore. Buat bangunan tinggi melangit ini akan mengakibatkan kepadatan populasi menjadi tinggi dan menjadikan taburan ekonomi bagai “langit dan bumi”. Sebenarnya, ia hanyalah untuk tujuan komersial tanpa mempedulikan kehidupan sosial penduduk lain.


Siapa kata kalau nak jadi negara maju, mesti ada bangunan pencakar langit yang tertinggi di Asia dan juga lapangan terbang yang tercantik & terbesar di Asia. Adakah itu sudah cukup menjadi penanda aras untuk menjadikan sesebuah negara sebagai negara maju? Cubalah lihat Britain atau New Zealand contohnya :
  • Berapa banyak bangunan pencakar langit yang mereka ada?
  • Lapangan terbang mereka ibarat seperti hypermarket sahaja.
  • Adakah negara mereka yang suatu ketika dahulu mahu mencapai pendapatan tinggi terpaksa mengenakan cukai tinggi yang pelbagai kepada rakyat mereka seperti cukai GST? Cukai kenderaan sehingga 300%? Cukai jalan + insuran beratus hingga beribu ringgit ikut cc kereta?  Adakah Tol di lebuhraya yang sentiasa dinaikkan oleh kerajaan mereka atas nama perjanjian walaupun dah lebih 20 tahun konsesi. Adakah cara begitu yang digunakan mereka?
  • Tetapi yang menariknya adakah akhirnya rakyat New Zealand sentiasa diberitahu bahawa mereka adalah rakyat First World Country tapi mentaliti Third World Country  

  • Sekali lagi, kalau nak tunjukkan negara kita maju bukan dengan bangunan tetapi dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang setaraf dengan pesaing kita suatu ketika dahulu, Korea Selatan. Sekarang? Jadi…..ayuh bangkit semula Malaysia.
    “Manusia takkan takkan boleh hidup dengan setakat hanya berbangga. Berbangga sana, berbangga sini.”

  • Mungkin kita boleh jadikan negara Vietnam ataupun Thailand, kenapa pelabur asing sekarang ini banyak beralih kepada kedua-dua negara? Adakah mereka mempunyai lapangan terbang antara tercanggih & tercantik? Adakah Thailand mempunyai bangunan pencakar langit antara tertinggi dunia?
    Sekarang ini ekonomi Malaysia mesti bergerak cepat. Kalau tidak banyak lagi negara-negara lain yang akan meninggalkan Malaysia. Fokus kepada bagaimana cara nak membangunkan negara. Hentikanlah asyik bercerita kisah “seribu satu malam” yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat pun. Kalau nak cerita juga, negara lain dalam hal seperti ini pun sudah jauh ke hadapan. Lihat dan pandanglah :
    ekonomi malaysia Ekonomi Malaysia Akan Jatuh Teruk Jika Tidak Mahu Berubah. Malaysia Jangan Ikut Jejak Argentina!! 





Tidak ada komentar:

Posting Komentar